Alasan Utama Untuk Membawa Anak Anda Memancing

Alasan Utama Untuk Membawa Anak Anda Memancing – Salah satu hobi terbaik untuk anak muda dan tua adalah memancing. Ia memberi inspirasi kepada etika kerja, kesabaran dan tanggungjawab yang baik; dan merangsang rasa keyakinan dan pemberdayaan (keupayaan mengeluarkan potensi diri). Keseronokan mendapat ikan yang pertama, persahabatan, dan kenangan yang berkekalan dan tidak ternilai.

Untuk memancing ikan, anda harus bersedia untuk pergi ke ‘lubuk’ ketika ikan itu kemungkinan besar akan menggigit, samada sewaktu matahari terbit atau terbenam, begitulah. Anda boleh saja pergi memancing pada bila-bila masa tetapi untuk secara konsisten menangkap ikan anda harus bersedia untuk berada di dalam jangka masa dan gerak kerja yang diperlukan untuk mempelajari tabiat dan kebiasaan ikan.

Ketika anda memancing dan sedang menunggu ikan besar untuk menyantap umpan atau mata kail anda, anda sentiasa diingatkan bahawa aktiviti ini dipanggil memancing dan bukan menangkap. Umpan anda itu mesti dilakukan secara teratur di atas kawasan yang dipancing, dan umpan tidak boleh ditarik keluar dari air kerap setiap beberapa saat atau ikan tidak akan mempunyai peluang untuk merebutnya dan dikhuatiri ikan-ikan di kawasan itu akan menjadi ketakutan.

Sebaik sahaja tali joran anda tegang, maka permainan pun bermula. Anda vs ikan. Seperti mana anda mempelajari kemahiran dan teknik memancing baru dan akan berusaha untuk menyempurnakannya dengan menangkap ikan berikutnya, keyakinan diri anda akan tumbuh dan perasaan anda akan berkembang berbuak-buak.

Dengan kemunculan teknologi dan evolusinya yang pesat, anak-anak kita semakin terhimpit pada usia yang semakin muda. Anak saya yang kini berumur 8 dan 10 tahun banyak masa mereka dengan telefon pintar menonton program pendidikan atau main permainan abjad atau nombor apabila dibenarkan. Dengan membawanya memancing, saya secara tidak langsung membuatkan mereka mengetepikan teknologi dan mengambil pengalaman alam sebaik mungkin, menumpukan pada alam semula jadi dan bukannya skrin telefon.

Dengan realiti kedua ibu bapa mencari nafkah rumah tangga, mereka biasanya tidak dapat mencari masa yang cukup untuk menghabiskan masa dengan anak-anak mereka. Dengan menjadikannya sebagai satu titik tujuan untuk membawa anak anda keluar memancing, masa yang berkualiti boleh diperolehi dan kenangan abadi dapat diwujudkan.

Memancing adalah aktiviti yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga. Keluarlah dan cipta kenangan anda sendiri menikmati aktiviti memancing yang luar biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup