Bahaya Racun Paraquat – Pengalaman yang mendapat 28 ribu perkongsian FB

Bahaya Racun Paraquat – Perkongsian daripada FB Syita Muharam mengenai bahaya penggunakan racun rumput Paraquat yang diharamkan kerajaan Malaysia mendapat respon sebanyak 28 ribu perkongsian.

Ramai yang tidak ambil peduli kenapa kerajaan mengharamkan sesetengah produk walaupun pada pandangan rakyat Malaysia kandungan yang tertera pada produk tersebut lebih kurang sama sahaja dengan produk lain di pasaran. Namun tahukah anda sesetengah pemilik produk menyembunyikan beberapa data sebenar kandungan bahan produk mereka? Bahkan hasil campuran bahan yang tidak diketahui boleh mengundang tindak balas yang membahayakan jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul? Ikuti peengalaman yang admin Sohor Kini kongsikan di bawah.


Ayah dan *Paraquat

*racun rumput yang dah diharamkan oleh kerajaan sebab sangat bahaya pada pernafasan, boleh bagi paru-paru rosak teruk (fibrosis)

Semalam ade seorang lelaki admit RedZone Kecemasan..muda..nampak semput-semput sikit tapi relax..

Tengok diagnosis: paraquat poisoning. Urine paraquat detected.

Terus luluh hati aku. Usianya baru 31 tahun. Setahun tua daripada aku. Tak lama dah bro ni.

Bile sembang..memang dia dah tau keadaan dia, berkali-kali doktor terangkan. Mungkin sebab ni dia nampak tenang.

Sambil-sambil belek oksigen, sempat sembang aku tanya kenapa guna paraquat, kan benda ni bahaya dan diharamkan..

Dia jawab “racun ni murah, saya amik upah kerja hujung minggu..jimat, dpt la duit lebih sikit”
Dia tak tahu pasal bahayanya racun ni. Aku tak hairan. Kalau aku tak belajar medic pn aku tak tau benda ni bahaya gile.

Aku sambung sembang “dah ada anak ke encik?” “dah..2 orang..seorang laki seorabg perempuan” jawab dia smbil senyum. Anak lelaki dia tu sebaya dengan Ayesha anak aku. Shit.. Makin bebuih dh hati aku bile fikir tak lama lagi diorang bakal jadi anak yatim.

Tapi macam kebanyakan staff hospital..kena pandai tunjuk keras.


Selang beberapa jam, dia makin sesak nafas. Aku tinggikan paras oksigen. Dia lega kejap. lepas tu sesak lagi..seterusnya sampailah maksimum oksigen aku bagi.

Isteri dia dah aku suruh masuk siap-siap td. Kerusi kawan aku bagi. Kasi dia duduk jangan pergi mana-mana..duduk sambil gelisah.

DIL (death in list), DNR (do not resuscitate) dah dikeluarkan oleh pihak medical awal-awal tadi. Keluarga dah setuju dan faham. Lepas ni worse case senario, sesak nafas..nadi berenti..tak perlu CPR dan intubate..kite bagi pesakit pergi dgn tenang.

Satu per satu keadaan yang bakal berlaku, yang diterangkan tadi datang, 1- sesak nafas, 2- paras oksigen turun, 3- nadi berenti.

Isteri, walaupun tadi katanya paham, masih lagi mintak tolong kami buat sesuatu masa si suami tercungap-cungap nak oksigen. Selain daripada tenangkan, maksimumkan oksigen..tak ada apa kami boleh buat. Yang lain terserah pada Tuhan.

Akhirnya keadaan no 3 sampai. Macam biasa. Sepi. suara nangis isteri je yang kedengaran.
Aku terjumpa anak dia 2 orang kat luar. Macam biasa..tak tau apa.

Jauh dalam hati aku harap aku dapat tolong dia lebih lagi. Kalau dia seagama, insya Allah aku akan baca yassin dan alfatihah.

Banyak pengorbanan ayah..sampai melayang nyawa nak cari rezeki tak seberapa..janji yang halal untuk keluarga..janji diorang hepi

Insya Allah aku akan appreciate ayah dan mak aku lebih lagi, supaya anak aku nanti dapat appreciate aku dan ibu dia jugak kemudian.

R.I.P bro
#copypaste

Sumber: FB Syita Muharam

Berikut adalah maklumat tentang racun Paraquat yang admin perolehi daripada Portal Rasmi Jabatan Pertanian:

PARAQUAT – RACUN RUMPAI TERHAD!!!

  • Kelas Ib Beracun – BISA (SANGAT TOKSIK).
  • Hanya dibenarkan untuk kawalan rumpai dalam tanaman SAWIT (di bawah 2 tahun), PADI BUKIT, GETAH DAN MEMBUNUH TUNGGUL NANAS SAHAJA
  • Hanya boleh dibeli dari PENDAFTAR, PENGILANG DAN PPK TERTENTU/TERPILIH dengaƄ tong bersaiz 20 LITER SAHAJA

Paraquat is very dangerous and today
I know it is a highly toxic pesticide.
A poison is a poison. It is made to kill
It is dangerous
Stop Paraquat!

Arjunan, a plantation worker in
Malaysia for 33 years.

BAHAYA PARAQUAT

  • Tiada penawar (antidote)
  • Mudah diserap melalui kulit.
  • Pendedahan boleh menyababkan KEROSAKAN KUKU
  • Pendedahan berlebihan kepada kabus semburan boleh menyebabkan HIDUNG BERDARAH
  • Kesan buruk jangka panjang (DERMATITIS, KEGAGALAN BUAH PINGGANG, KEGAGALAN PERNAFASAN, KANSER KULIT DAN PENYAKIT PARKINSON)
  • KETIDAKSUBURAN, KEGUGURAN DAN KECACATAN BAYI.
  • Tidak mudah terurai dalam tanah (1000 hari)-potensi untuk MENCEMARKAN AIR BAWAH TANAH

PARAQUAT AKAN DIHARAMKAN PENJUALAN DAN PENGGUNAAN SEPENUHNYA PADA 1 JANUARI 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup