Bahaya Tidur Dalam Kenderaan Yang Ramai Tidak Tahu

Bahaya Tidur Dalam Kenderaan Yang Ramai Tidak Tahu – Anda seorang yang suka tidur dalam kenderaan? Sila baca info di bawah untuk langkah keselamatan dan pencegahan.

Ramai dikalangan pemandu yang melakukan pemanduan jarak jauh terutamanya akan berhenti berehat dalam kenderaan di kawasan rehat dan rawat (R&R) atau tepi jalan. Ia adalah perkara yang biasa kita lihat bahkan kita sendiri pernah lakukan bagi menghilangkan lelah dan penat sebelum sambung meneruskan pemanduan ke destinasi yang ditujui.


Namun tahukah anda bahawa perbuatan tidur dalam kenderaan boleh mengancam nyawa? Hal ini dibuktikan oleh hasil siasatan daripada pihak berkuasa telah mendedahkan bahawa tidur di dalam kenderaan dengan keadaaan enjin dan penghawa dingin dihidupkan adalah berbahaya dan risiko kehilangan nyawa boleh berlaku disebabkan keracunan gas monoksida (CO).

Dalam tempoh enjin pada kenderaan dihidupkan dalam jangka masa yang panjang tanpa henti, kebocoran gas CO boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke ruangan dalam kereta.

Untuk pengetahuan anda, sifat gas CO ini ianya tidak mempunyai bau. Oleh itu, mangsa yang sedang tidur tidak menyedari bahawa dia sedang menyedut gas CO yang sangat berbahaya pada dirinya dan boleh membawa maut.

Bagaimana gas CO ini boleh membunuh? Gas CO boleh bertindak pada manusia dengan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen kepada sel-sel di tubuh badan manusia. Akibatnya sel-sel tersebut akan mati apabila tidak menerima bekalan gas oksigen yang diperlukan secukupnya.


Bahkan jika berterusan ia juga boleh membunuh dalam masa beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah.

Ada yang tertanya tetapi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya ia adalah kerana kita berada dalam keadaan sedar dan jika berlaku perubahan suhu atau kebocoran, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap kenderaan.

Walaupun ada yang berpendapat menurunkan sedikit cermin kereta boleh mengelakkan keracunan gas, tetapi sebenarnya ia bukanlah satu langkah dan pilihan yang tepat. Sebaik-baiknya keluar daripada kenderaan dan berehatlah di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik, selamat dan segar.

Pastikan juga penghawa dingin kenderaan anda diperiksa dan diservis mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sekali bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.


Kongsikan pada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda supaya maklumat penting ini dapat dijadikan peringatan dan panduan kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup