Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Kampus CIAST dan Kampus Satelit CIAST

Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Kampus CIAST dan Kampus Satelit CIAST – Permohonan kemasukan ke Kampus CIAST dan Kampus Satelit CIAST bagi Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) ambilan Januari 2019 kini dibuka.

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur antara 20 -35 tahun untuk mengikuti kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) & Kampus-kampus Satelit CIAST (CSC) seperti di Jadual A untuk Ambilan Januari 2019.


KOD KURSUS
I-031-3:2014 Operasi Latihan Vokasional (VTO)

Panduan Syarat Kemasukan Program

SYARAT AM KEMASUKAN:

a) Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
b) Lulus SPM atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas).
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
d) Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

a) Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing
b) Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

SYARAT KHAS PROGRAM:

KURSUS SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

Bil Kod/ Nama Kursus/Tempoh Latihan/Pusat Latihan Syarat Khas Program
1. I-031-3
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
Tempoh Pengajian : 9 ½ bulan
Pusat Latihan:
1. Pusat Latihan Pengajar dan
Kemahiran Lanjutan (CIAST)
2. Kampus Satelit CIAST ILP Marang
3. Kampus Satelit CIAST ILP Selandar
4. Kampus Satelit CIAST ILP Sandakan
5. Kampus Satelit CIAST ADTEC Taiping
6. Kampus Satelit CIAST ADTEC Bintulu
7. Kampus Satelit CIAST ADTEC Jerantut
8. Kampus Satelit CIAST ADTEC Batu
Pahat
9. Kampus Satelit CIAST ADTEC Melaka
10. Kampus Satelit CIAST ILP Kepala
Batas
11. Kampus Satelit CIAST ILP Kota Bharu
12. Kampus Satelit CIAST IKBN Kuala
Langat
13. Kampus Satelit CIAST IKBN Kemasik
14. Kampus Satelit CIAST Kolej Pertanian
Malaysia (KPM) Bukit Tangga
15. Kampus Satelit CIAST Kolej Institut
Pendidikan Guru (IPG) Bandar Enstek
Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:
i. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(DLKM); atau
ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau
iii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO)


KELAYAKAN MASUK

(a) Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke
atas); dan
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau Diploma Kemahiran Malaysia
(DKM); atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

SYARAT- SYARAT TAMBAHAN:

  1. Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing.
  2. Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani latihan internship di mana-mana Pusat Bertauliah Swasta seluruh Malaysia.

TEMPOH LATIHAN : 9 ½ Bulan

CARA-CARA MEMOHON

  • Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian SAHAJA. Untuk mendapatkan maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon
    wajib melayari Laman Web CIAST di http://www.ciast.gov.my.
  • Permohonan kemasukan Kursus VTO di Kampus CIAST & Kampus Satelit CIAST boleh dipohon DI SINI
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2018 (Isnin) jam 8.00 pagi.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

(a) Elaun sara diri;
(b) Tiada yuran pengajian dan;
(c) Asrama disediakan.

MAKLUMAT PENTING

  • Tarikh Buka Permohonan : 24 September 2018 (Isnin).
  • Tarikh Tutup Permohonan : 22 Oktober 2018 (Isnin) jam 8.00 pagi.
  • Semakan panggilan temuduga boleh disemak melalui laman web CIAST mulai 24 Oktober 2018 (Rabu) selepas jam 2.00 petang.
  • Tarikh Temuduga : 29 Oktober 2018 (Isnin) hingga 09 November 2018 (Jumaat) bergantung kepada lokasi pusat temuduga.
  • Semakan keputusan tawaran kemasukan melalui laman web CIAST mulai 07 Disember 2018 (Jumaat) selepas jam 3.00 petang.

* Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web CIAST.

HUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Emel: [email protected]
Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 ( Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baharu – UPPPB )

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
PROGRAM LATIHAN PENGAJAR KEBANGSAAN (NITP)
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup