Maksud Perkataan CULAS

Salam sejahtera, hari ini admin nak kongsikan bersama pembaca mengenai bahasa. Hehe, bahasa jiwa bangsa. Admin nak ambil satu sahaja perkataan untuk hari ini, iaitu CULAS. Erm, anda tahu apa maksud perkataan culas? Mesti ada yang tidak tahu kan? Pernah pembaca sekalian guna di dalam karangan masa di sekolah? Atau di dalam perbualan seharian? Tak? Dah agak dah, hehe, admin sendiri pun jarang sekali guna perkataan CULAS dalam karangan atau perbualan. Rasanya inilah kali pertama admin karang menggunakan perkataan CULAS.

Ok, apa itu CULAS? Malas? Memulas? Bukan, walaupun ayat lebih kurang sama, tapi bukan itu maksudnya. Jika pembaca semak kembali kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi, culas memberi maksud:

“sikap yang gemar bertangguh atau meninggalkan sebentar.” (rujuk DBP Online)


CULAS ini berlaku terutamanya apabila sesuatu perkara yang ditangguh itu berada bersama kita, berada di hadapan mata kita, jadi kita ambil mudah dan merasakan bila-bila masa sahaja boleh melakukan perkara tersebut.

Sebagai contoh admin ambil situasi berikut:

“Huh, tinggal lima muka surat lagi nak habiskan. 1 jam je bleh siap. Esok 8.00 pagi nak kena hantar, erm.. baca novel dulu lah, sejam kemudian; “Aih nagntuk pula” lalu tertidor…Bangun keesokannya sudah pukul 7.00 pagi. Solat subuh pun terlewat, kelam-kabut nak siapkan tesis. Asal 1 jam boleh siap dengan baik, akhirnya disiapkan dengan tidak sempurna. Anda pernah kan alamai situasi seperti ini?

Pada waktu puasa anda terbangun pukul 5.00 pagi, “hrm.. baru pukul 5.00pagi, sambung tidor dulu lah 5 minit..” Akhirnya 5 minit jadi 1 jam! Bila bangun Azan baru sahaja habis berkumandang. Terlepas sahur… maka berpuasalah hari itu tanpa sahur. Anda pernah kan? Hehe, admin pun pernah.

Hari Ahad, di Sekolah Asrama, niat hari ini hendak basuh baju awal. Orang tak ramai di bilik air. Jemur awal, tengahari kering nanti boleh pakai dah. Tetapi tangguhkan sebab hendak main bersukan dulu.. leka bermain sudah hampir tengahari. Esok sudah dah mula kelas, kain baju seluar semua belum dibasuh. Cuaca pula tetiba mendung menandakan petang nie hujan! Asalnya tengahari boleh kering, akhirnya dibasuh lewat dan lembab untuk dipakai ke kelas. Terpaksa sterika supaya kering… hehe, pernah alami kannn??? :p


Ada banyak lagi situasi yang sebegitu. Satu lagi, yang mungkin anda tidak perasan.. dikira ketagori Culas juga nih,

“Erm, esok dah start kuliah.. nak kena beli buku nih, tak apa, kedai buku dekat je.. bila-bila masa pun boleh pergi.. petang ini lah aku pergi”, tiba-tiba petang pergi kedai itu baru tutup! Anda perasan tak, kedai yang jauh kita selalu dan cepat saja pergi, kedai yang dekat jarang pergi sebab rasa bila-bila masa boleh pergi.

Ok, itu mengenai situasi orang yang mengalami simptom CULAS. Jadi bagaimana hendak menggunakan perkataan ini dalam perbualan atau karangan? Boleh ke? Selalunya perkataan CULAS nie dalam exam pemahaman atau tatabahasa sahaja selalu muncul. Di dalam karangan jarang juga jumpa..


Ayat 1: “Peminjam PTPTN dinasihatkan agar jangan culas membayar kembali pinjaman mereka”, hehe ayat siapa makan cili rasa pedas. Admin pun sama..

Ayat 2: “Pengurus pasukan jangan culas nanti pemain atau ahli jadi lemas.”

Ayat 3: “Dia culas makan ubat doktor sebab itu penyakitnya tidak sembuh-sembuh”. PS: Tambah-tambah sakit jantung!

Jadi itulah sedikit penjelasan daripada Admin tentang maksud perkataan Culas. Tidak bagus sebenarnya culas-culas nie. Kerja harian nanti jadi tidak sistematik aka tidak teratur. Culas ini menunjukkan seorang itu belum matang untuk serius di dalam kerjanya. So, hindari Culas. 1 hari anda boleh buat 5 kerja, akibat culas.. 1 kerja pun tak siap oleh sebab CULAS bermaharaja lela di dalam diri. Teguran buat diri Admin terutamanya. Sekian..

PS: Jangan Culas tulis Blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup