MEDIU Tawar Ijazah Sarjana Muda Kepada 500 Lepasan STAM, STPM, Diploma

MEDIU Tawar Ijazah Sarjana Muda Kepada 500 Lepasan STAM, STPM, Diploma – Tawaran 500 tempat pengajian kepada lepasan STAM, STPM, diploma oleh Al-Madinah International University (MEDIU).

KUALA LUMPUR – Al-Madinah International University (MEDIU) akan menawarkan sebanyak 500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma untuk pengambilan peringkat sarjana muda pada tahun ini.

Sesi pendaftaran semester baharu itu bakal berlangsung selama tiga hari di Kampus Utama MEDIU yang terletak di Desa Petaling di sini pada 3 hingga 5 Oktober ini bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.


Proses pengambilan untuk pengajian Oktober tahun ini telah dibuka dan para pelajar boleh mengisi borang secara atas talian pada laman web www.mediu.edu.my.

Bagi memberi kemudahan untuk pendaftaran, pelajar juga boleh terus datang ke kampus untuk mendaftar dengan pegawai MEDIU sambil mendapat maklumat pengajian secara langsung daripada pensyarah.

Dr. Ismawi berkata, Hari pendaftaran terbuka MEDIU ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia agar dapat melangsungkan impian mereka menyambung pengajian di peringkat menara gading sebagai persiapan untuk membina jati diri dan generasi berwawasan serta berdaya saing pada abad ini.

MEDIU telah menjadi satu lagi wadah baru dan kontemporari bagi pengajian melalui pembelajaran secara konvensional (on campus) dan secara maya (on line) dengan menawarkan peluang pengajian inovatif dalam bidang pengajian yang pelbagai.

MEDIU kini menawarkan pengajian daripada enam fakulti pengajian iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Kewangan dan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan.


Jelas beliau, lebih 1,000 pelajar daripada 80 pelbagai negara kini mengikuti pengajian menerusi pendidikan komprehensif yang ditawarkan ketika iini.

Katanya, MEDIU berjaya membangunkan sebuah kampus universiti dengan sasaran 5,000 pelajar pada masa akan datang dalam usaha mewujudkan suasana yang menggalakkan serta mengembangkan penyelidikan pelopor dan unik dengan matlamat menjadi salah satu institusi pendidikan antarabangsa yang terulung.

“MEDIU telah mencapai perkembangan yang memberangsangkan apabila menepati status bertaraf antarabangsa dengan mempunyai 123 kursus akademik dan 81 darinya telah memperolehi akraditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA.

“MEDIU berbangga dan bertuah menjadi sebahagian daripada agensi yang berperanan merealisasikan cita-cita kerajaan untuk ‘Mengantarabangsakan Pengajian Tinggi’ selaras dengan visi\ menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Kampus Utama MEDIU itu mampu memuatkan lebih 5,000 pelajar dengan pelbagai kemudahan lengkap dan selesa.

Sementara itu, para pelajar yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang melanjutkan pengajian di Mediu, boleh menghubungi talian 03 90555417 /90555238 /90555416 atau emel [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup