PDRM Kini Tahu Jika Anda Layari Laman Web Lucah

PDRM Kini Tahu Jika Anda Layari Laman Web Lucah – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laporannya hari ini mendedahkan bahawa mereka kini menggunakan alat pemantauan Internet untuk memantau laman-laman web pronografi yang dilayari oleh pengguna internet di Malaysia.

Alat yang diberi nama Internet Crime Against Children – Child Protection Service Online (ICACCOPS) telah dibangunkan di Amerika Syarikat. Alat pemantauan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia (MICAC) tersebut berfungsi mengenal pasti pengguna yang melayari lucah di negara ini.

Dilancarkan pada bulan Februari lalu, langkah penggunaan alat ini merupakan salah satu cara untuk melawan eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya terutamanya di laman media sosial. Alat yang berfungsi selama 24 jam ini dapat mengesan alamat IP serta lokasi laman akses, jangka masa dan tempoh pengguna mengakses laman pornografi. Selain itu unit juga bakal menukar maklumat dengan agensi tempatan dan antarabangsa.

Satu pangkalan data telah dibina bertujuan mengumpul maklumat yang dihasilkan oleh alat tersebut. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya PDRM dapat memperoleh maklumat pengguna sebelum ia meneruskan tindakan selanjutnya. Pihak polis kemudian akan memanggil mereka untuk disoal siasat atau mungkin akan menangkap mereka di rumah mereka atau di mana sahaja.

Sumber: NST, LOWYAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup