Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 Online

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 Online – Maklumat Terkini Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 secara Online.

Kepada waris dan ibu bapa yang mempunyai anak di bawah jagaan yang berumur 6 tahun atau lahir pada tahun 2013 (rujuk syarat), adalah diminta untuk membuat permohonan secara atas talian bagi kemasukan ke prasekolah anak masing-masing.

Pihak waris atau ibu bapa dibenarkan untuk mula membuat pendaftaran Prasekolah KPM bermula pada 01 Mac 2018 (Khamis) hingga 30 April 2018 (Isnin) melalui laman sesawang khas yang disediakan oleh pihak KPM e-Prasekolah di pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my/

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2019 secara Manual

Selain pilihan permohonan secara atas talian, pihak ibu bapa atau penjaga juga boleh melakukan permohonan terus secara manual di mana-mana sekolah pilihan yang berdekatan tempat tinggal. Tarikh pendaftaran prasekolah dimohon akan dibuka bermula dari 01 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018 (Khamis).

Berikut kami kongsi dan sertakan lampiran gambar daripada pihak KPM yang berkaitan untuk memudahkan rujukan anda.

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 Online

INFO:

Syarat-syarat kelayakan permohonan Prasekolah KPM sesi 2019

  1. Kanak-kanak yang berwarganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada tarikh 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak untuk membuat permohonan.

Tempoh buka/tutup permohonan adalah rasmi, diharapkan dengan perkongsian informasi Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 Online ini dapat memudahkan pihak ibu bapa dan penjaga dapat menunaikan tanggungjawab pendaftaran anak masing-masing mengikut syarat dan tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup