Permohonan Kemasukan Sesi Kedua (Second Intake) UiTM (Februari) 2019

Permohonan Kemasukan Sesi Kedua (Second Intake) UiTM (Februari) 2019 – Ketahui bilakah tarikh buka permohonan kemasukan sesi ambilan kedua (Second Intake) UiTM (Februari) bagi tahun 2019.

Adalah dimaklumkan bahawa sistem permohonan kemasukan sesi kedua (second intake) untuk UiTM kini dibuka bermula dari 1 Oktober 2018 sehingga 6 November 2018 (12 Tengah Malam). Kepada anda yang ingin untuk membuat permohonan, satu hebahan iklan akan dikeluarkan oleh pihak UiTM bermula 30 September iaitu di akhir bulan.


Manakala, untuk result atau keputusan permohonan pula akan diumumkan bermula 12 Februari 2019. Sila semak kalendar pengambilan pelajar UiTM terkini seperti yang admin lampirkan di bawah.

permohonan ambilan kedua uitm second intake

Kepada anda yang berjaya ditawarkan ke IPTA melalui permohonan UPU sebelum ini tetapi membuat keputusan untuk berhenti disebabkan kursus atau apa-apa sebab berkaitan dan ingin melakukan pemohonan ke UiTM, anda boleh melakukan demikian melalui permohonan kemasukan ambilan sesi kedua UiTM ini nanti.

Namun sekiranya anda merupakan seorang pelajar UiTM tetapi tidak berpuas hati dengan kursus yang anda dapat, anda tidak boleh melakukan permohonan ambilan kedua ini, tetapi sila membuat permohonan penukaran kursus. Harap maklum.


Permohonan Kemasukan Sesi Kedua (Second Intake) UiTM (Februari) 2019

PIN permohonan UiTM – Untuk permohonan kali ini, anda perlu mendapatkan nombor pin baru yang perlu di beli melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan tempat anda. No PIN UiTM ini akan digunakan nanti melalui sistem khas pendaftaran di laman rasmi UiTM. Jadi apa-apa nombor pin yang tidak berkaitan dengan sistem seperti PIN UPU atau PIN UPSI adalah tidak berfungsi kerana sistem permohonan masing-masing adalah berbeza.

Bidang & Syarat

Syarat Permohonan ke UiTM:

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Pemohon berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung sahaja
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM

Untuk melihat bidang pilihan dan menyemak syarat-syarat kelayakan setiap kursus yang ditawarkan, sila layari pautan e-Syarat UiTM yang berikut: http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2018. Sekiranya anda dapati tiada bidang pilihan anda di halaman tersebut, ini bermakna bidang itu tidak ditawarkan untuk sesi pengambilan ke-dua ini.

Kaedah Permohonan

Seperti yang sedia maklum, berdasarkan kalendar pengambilan pelajar yang UiTM keluarkan, permohonan akan diiklankan pada 30 September 2018 (Ahad). Permohonan online dibuka pada jam 12.00 pada 1 Oktober 2018 (Isnin). No Slip perlu di beli di BSN.

Pautan permohonan: online.uitm.edu.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup