Permohonan Kemasukan Sesi Kedua (Second Intake) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Permohonan Kemasukan Sesi Kedua (Second Intake) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Tawaran Kemasukan Second Intake ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2019 kini dibuka untuk permohonan.

Dimaklumkan bahawa pihak UTM kini memperlawa rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi tempatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui kemasukan sesi kedua yang kini telah dibuka permohonannya sehingga akhir Oktober 2018.


Sebagai Institusi Pengajian yang menjadi pilihan utama, UTM menawarkan:

  1. Pendidikan Berkualiti

    100% program yang diiktiraf oleh badan profesional kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa.

  2. Asrama Kediaman

    Penginapan di kampus dijamin sepanjang pengajian pelajar

  3. Penyelidikan

    Dianugerahkan sebagai Pusat kecemerlangan Penyelidikan Institusi Tinggi (4 National HICOES)

  4. Program Mobiliti

    Lebih 7 ribu pelajar telah menyertai program mobiliti luar negara di 60 negara (2011 – 2016)

  5. Kehidupan Kampus

    Kampus eko-perlancongan dan memenangi ASEAN Energy Award

  6. Industri

    Penganugerahan Kolaborasi Terbaik Akademia – Industri 2016

  7. Bantuan Kewangan

    Lebih 6,000 peruntukan biasiswa, bantuan kewangan dan pengecualian yuran pengajian.

  8. Inovasi ICT

    Pusat Gamifikasi pertama di Malaysia menyokong pengajaran dan pembelajaran digital interaktif

  9. Ranking Dunia

    Kedudukan 1% tertinggi dalam bidang kejuruteraan & teknologi, Ranking #49 untuk kedudukan universiti di asia

Di bawah adalah senarai bidang-bidang pengajian yang ditawarkan melalui kemasukan sesi Kedua (Second Intake) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun 2019.


UPU CODE PROGRAMME OFFERED FOR FEBRUARY 2019 INTAKE STPM/MATRIC DIPLOMA/EQUIVALENT
TP16 Bachelor of Management (Technology)
TP22 Bachelor of Management (Marketing)
TE02 Bachelor of Accounting
TC10 Bachelor of Computer Science (Software Engineering)
TC27 Bachelor of Computer Science (Computer Network & Security)
TC29 Bachelor of Computer Science (Graphics & Multimedia Software)
TT60 Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
TT61 Bachelor of Technology with Education (Electric & Electronic)
TT30 Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)
TT31 Bachelor of Technology with Education (Living Skills)
TT06 Bachelor of Science with Education (TESL)
TT03 Bachelor of Science with Education (Sports Science)
TK97 Bachelor of Electronic System Engineering
TK99 Bachelor of Mechanical Precision Engineering
TK79 Bachelor of Chemical Process Engineering

Syarat & Kelayakan

Sebelum anda membuat permohonan, sila semak syarat kelayakan berdasarkan kursus pengajian yang ditawarkan oleh UTM. Di bawah disenaraikan syarat-syarat kemasukan bagi setiap program yang boleh anda muat turun:


Cara Memohon

Sekiranya anda memnuhi syarat kelayakan bagi kemasukan ambilan kedua UTM ini, anda boleh terus layari pautan khas di bawah untuk memulakan proses permohonan:

http://smart.utm.my/admission/

Sila ikut arahan yang dinyatakan di laman permohonan. Anda perlu membuat bayaran secara online sebagai yuran pemprosesan permohonan anda. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dengan teliti bagi mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan dalam permohonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup