Sebut Harga Terkini Jabatan Penyiaran Malaysia RTM – November 2018

Sebut Harga Terkini Jabatan Penyiaran Malaysia RTM – Tawaran Sebut Harga Terkini Jabatan Penyiaran Malaysia RTM. Dapatkan info Tender / Sebut Harga Terkini Jabatan Penyiaran Malaysia di sini.

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk memasuki tawaran.


1. TAJUK : Tender Terbuka Bagi Perkhidmatan Peralatan ICT Pengguna Akhir Terurus – Penyewaan, Pengurusan, Penyelenggaraan Dan Sokongan (Device As A Service (Daas)) Untuk Kkmm Dan Jabatan Secara Pakej

2. NO.TENDER : KKMM.400-11/17/39

3. KELAYAKAN : Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berikut:-
a. 210101 – Hardware (low end technology) – Supply all types of computer hardware – Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance; dan
b. 210103 – Software – Supply all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance; dan
c. 210107 – ICT security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus; atau
d. 210109 – Hardware and Software leasing/renting.

4. TARIKH PELAWAAN : 1 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
5. TARIKH TUTUP : 22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
SEBELUM JAM 12.00 TENGAH HARI


Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi yang dijana melalui Ep module kontrak akan dikenakan kepada pembekal/ syarikat yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM 4,800.00 bagi setiap transaksi yang melebihi RM 1.2 juta. Oleh itu, pembekal/ syarikat dikehendaki mengambilkira Fi Perkhidmatan ini dalam tawaran Tender yang dikemukakan.

Cadangan-cadangan Tender hendaklah dikemukakan sebelum jam 12.00 tengah hari pada hari tutup Tender. Salinan dokumen Tender yang telah lengkap diisi serta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan dilabelkan dengan Tajuk Tender serta dihantar ke alamat berikut:

CAWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
KOMPLEKS KKMM,
ARAS 8, LOT 4G9, PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4, PUSAT PENTADBIRAN PUTRAJAYA

Sebut Harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berhubung pelawaan tender ini, sila hubungi Puan Haniaryana binti Mustaffa (03 – 8911 7540) atau Encik Mohd Azariman Abd Karim (03 – 8911 5032).



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup