Sebut Harga Terkini Majlis Daerah Jempol November 2018

Sebut Harga Terkini Majlis Daerah Jempol November 2018 – Iklan tawaran Sebut Harga Terkini Majlis Daerah Jempol. Kenyataan Tawaran Sebut Harga Majlis Daerah Jempul bagi Membaiki dan Menurap Semula Jalan.

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Membaiki dan Menurap Semula Jalan

Dokumen sebutharga boleh disemak dan diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Pejabat Majlis Daerah Jempol Negeri Sembilan Darul Khusus mulai daripada 12 November 2018 (Isnin). Dokumen sebutharga tidak dijual sebelum daripada tarikh diatas dan sehari (1 hari) sebelum tarikh tutup sebutharga seperti ternyata.


Bayaran harga dokumen dalam bentuk wang tunai atau money order atau bank draf hendaklah atas nama Yang DiPertua, Majlis Daerah Jempol dan hendaklah dijelaskan di kaunter Majlis Daerah Jempol pada Waktu pejabat. Bayaran Dokumen ini tidak akan dikembalikan kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah.

Lawatan Tapak akan diadakan pada 09 November 2018 (Jumaat) pada jam 10.00 pagi dan pemborong perlu hadir sendiri bersama dokumen-dokumen asal Pemborong yang berminat untuk menyertai sebutharga ini hendaklah berkumpul di perkarangan Majlis Daerah Jempol Sebelum 9.00 untuk pendaftaran. Pendaftaran di tapak adalah tidak dibenarkan.


Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan kedalam PETI SEBUTHARGA di Pejabat Majlis Daerah Jempol sebelum pukul 12.00 Uhari pada hari 16 November 2018 (Jumaat). Pemborong yang tidak menghadiri lawatan tapak, secara automatik tidak akan dikeluarkan borang kepada yang berkenaan. Pemborong dikehendaki membawa “surat-surat pendaftaran asal” berserta salinan-salinannya ketika membeli dokumen sebutharga Majlis Daerah Jempol tidak akan terikat menerima tawaran yang terendah atau sebagainya atau memberikan apa-apa sebab sesuatu sebutharga itu ditolak dan juga tidak bertanggung jawab di atas segala kos perbelanjaan berhubung dengan sebutharga ini



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies maklumat lanjut

Tetapan cookies di laman web ini ditetapkan untuk "membenarkan cookies" untuk memberi anda pengalaman penyemakan imbas yang terbaik. Jika anda terus menggunakan laman web ini tanpa mengubah tetapan cookies anda atau anda mengklik "Setuju" di bawah maka anda bersetuju dengan ini.

Tutup